Bahasa

CMM

Coordinate Measuring Machine


PENERANGAN/ INFORMATION:

    Mesin pengukuran berkoordinat (CMM) adalah satu alat pengukuran yang memeriksa bentuk komponen, saiz, kedudukan, rupabentuk, dan jarak dari satu dimensi ke dimensi yang lain.

CMM digunakan secara meluas kerana :
  1. Lebih pantas, tepat, dan kurang ralat berbanding manusia dibandingkan penggunaan dengan alat plat permukaan.
  2. Boleh mengukur hampir sebarang bentuk komponen dan berulangkali dengan sekali pemasangan.
  3. Mengukur secara berterusan dari bahagian kepada bahagian kepada komponen.
  4. Mempunyai kelajuan dan ketepatan di mana ianya perlu bagi system yang menggabungkan antara alat-alat / mesin kawalan bernombor (numerical control machine @  NC).
  5. Membolehkan pihak pembuat membekalkan dokumen-dokumen kualiti komponen kepada pelanggan dan mematuhi spesifikasi lukisan.
  6. Memberikan data untuk kawalan proses secara statistic (SPC) dan pembuatan serta rekabentuk berbantukan computer (CAD/CAM)
BAHAGIAN-BAHAGIAN CMM :

KOMPONEN-KOMPONEN ASAS CMM:
1.     MEJA KERJA.
-        Dibuat dari granite atau logam.
-        Dilengkapkan dengan alat penyambung ulir atau T-slot untuk dipasang pengapit bagi menempatkan komponen padanya.

1.     STRUKTUR PENGUKURAN.
-        Mempunyai paksi-paksi bergerak untuk menempatkan probe.
-        Jarak setiap paksi bergerak mewakili julat pengukuran atau ruang mesin.

2.     PROBE
-        Kelengkapan mesin yang mengambil bacaan pada komponen.
-        Dilengkapi dengan lengan probe yang bergerak.

3.     COMPUTER AND SOFTWARE.
-        Merekod ukuran.
-        Membuat pengiraan.
-        Mencetak keputusan.
-        Membina menyimpan, dan menjalankan part program arahan untuk pengukuran bahagian khusus  pada komponen. Part program boleh disimpan dalam computer dan digunakan semula untuk mengukur bahagian komponen yang sama jenis.

Komputer sebagai alat/perkakas elektronik dan elektrikal yang membolehkan pengiraan dibuat. Perisian mengandungi arahan yang memberitahu computer apa yang perlu dibuat termasuklah:
-      mengesahkan probe (memberitahu computer dimanakah bahagian komponen dalam julat ukuran mesin berada)

-      mengukur bentuk-bentuk geometric asas dan dimensit rumit, dan menjalankan proses toleransi rupabentuk, selaras dengan computer dan alat kawalan/ servodrivers.

Bahagian-bahagian probe:

JENIS-JENIS BINAAN CMM:

  1. Bridge- Memberikan ketepatan besar/tinggi, tetapi mempunyai julat pengukuran yang terhad
  1. Column- Penggunaan yang baik, tetapi julat dan kelajuan kurang.
  1. Cantilever- Penggunaan yang baik, tetapi mempunyai saiz yang terhad untuk mengekalkan ketepatan.
  1. Gantry – Ketepatan yang baik untuk komponen besar, tetapi mempunyai fleksibility yang  terhad untuk pemasangan komponen dan digunakan secara meluas untuk mengukur komponen yang besar dan berat.
  1. Horizontal 
           -        Digunakan untuk penggunaan ruang besar, seperti layout dies (bekas acuan), model-model, dan  
                    acuan, serta pengukuran komponen yang lebih besar.
-    Kurang tepat, tetapi lebih fleksibel untuk pemasangan komponen.
-    Kos tinggi kerana saiznya.
-    Lengan tambahan atau rotary kadang-kadang diperlukan untuk memudahkan pemasangan komponen.




PRINSIP-PRINSIP OPERASI:




1.  CMM mempunyai tiga paksi : X,Y,dan Z. Pada kebanyakkan mesin:
-        paksi X bergerak dari kiri ke kanan.
-        Paksi Y bergerak dari hadapan ke belakang.
-        Paksi Z bergerak dari atas ke bawah.
-        Titik sifar ialah di mana ketiga-tiga paksi bertemu.
-        System tiga paksi ini dikenali sebagai linear atau system coordinate Cartesian.

2. Paksi-paksi XYZ digunakan untuk menempatkan titik-titik dan mengukur jarak.
-       paksi-paksi tersebut dibahgikan kepada unut-unit ukuran, biasanya dalam inci/mm dalam masa yang sama membentuk grid di mana titik-titik dapat ditempatkan dan menentukan nilai-nilai bernombor.
-      Kedudukan titik pada bahagian komponen ditentukan dengan mengambil jaraknya dari titik sifar sepanjang setiap paksi.

3.Setiap paksi mempunyai arah +ve dan –ve.
-        paksi X biasanya bernilai +ve mengarah kekanan dari titik sifar, -ve mengarah kekiri.
-        Paksi Y biasanya bernilai +ve mengarah kebelakang dari titik sifar, -ve mengarah kehadapan.
-        Paksi z biasanya +vemengarah ke atas dari titik sifar, -ve mengarah kearah bawah titik sifar.

4.Satu lagi sistem untuk menepatkan kedudukkan ialah sistem koordinat berpolar.
-        koordinat polar menempatkan bentuk komponen dengan menentukan jejari dan sudut.
-        Jejari polar ialah jarak satu titik dari titik sifar pada bahagian juga dipanggil nilai U
-        Sudut polar adalah sudut diantara garisan pengukuran garisan rujukan juga dipanggil nilai V.

2.     Untuk menempatkan satu titik meggunakan koordinat berpolar.
-        Tentukan jejari polar.
-        Tentukan sudut polar.
-        Sudut dikira secara ikut arah jam dari garisan rujukan ke arah jejari polar

6. Keselarian (Alligment)
    - Paksi mesin  paksi bahagian komponen.
  • mesin pengukuran berkoordinat mempunyai tiga paksi XYZ yang tidak boleh diubah.
  • Bahagian komponen yang diukur mempunyai tiga paksinya sendiri yang mana berbeza dari paksi mesin.
7. Paksi mesin dan bahagian mestilah selari antara satu sama lain. Keselarian perlu untuk.
    menempatkan lebih dari satu bahagian saiz dari titik tertentu.
-  Membina satu program kawalan berkomputer secara langsung.

PAKSI COORDINATE PERGERAKAN MESIN:

 1.    
2. 

                           


            Nota:
                        I.          Home @ 0,0 adalah paksi kedudukan untuk mesin.
                       II.          Origin adalah titik permulaan pergerakan mesin @ memastikan bacaan paksi tidak lari dari bacaan paksi 0,0  di mesin atau bendakerja.

No comments:

Post a Comment

Teknikal Blog

TEKNOLOGI PEMBUATAN 4.0

#ilpklhebat REVOLUSI PENDIDIKAN 4.0