Bahasa

Micrometer

TAJUK / TITLE

Menganbil ukuran benda kerja dengan menggunakan Micrometer



Video  


TAJUK / TITLE: PENGENALAN  KEPADA MIKROMETER
  TUJUAN / PURPOSE:
Kertas Penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai  Mikrometer dan cara penggunaan serta cara penjagaan bagi alat pengukuran yang mempunyai ketepatan yang tinggi ini.

    PENERANGAN/INFORMATION:
1.     JENIS-JENIS ALAT PENGUKURAN
Pengukuran ialah prosedur untuk menggambarkan ciri-ciri atau tingkah laku yang diukur dengan menggunakan nombor supaya terdapat pertalian antara dunia nyata dengan apa yang diukur mengikut peraturan tertentu. Antara alat pengukuran yang selalu digunakan dalam bidang kejuruteraan ialah
1.1     MIKROMETER
Mikrometer merupakan alat pengukur jitu yang lazimnya digunakan dalam bengkel mesin kerana ia dapat mengukur ukuran-ukuran yang paling kecil dengan tepat. Terdapat beberapa jenis mikrometer yang biasa digunakan, antaranya ialah:

                                      i.        Mikrometer luar
                                     ii.        Mikrometer dalam
                                    iii.        Mikrometer tolok dalam

Mikrometer boleh dibaca dengan dua kaedah iaitu dalam unit metrik dan unit imperial. Gambarajah1 menunjukkan jenis-jenis mikrometer yang digunakan. Biasanya ukuran yang paling kecil yang boleh dibaca ialah 1/1000 milimeter (0.01mm)
Gambarajah1  Jenis-jenis Mikrometer 

Terdapat tiga saiz mikrometer yang biasa digunakan iaitu :
a.    Mikrometer 0 – 25 mm
Muka andas dan spindal tertutup rapat apabila angka sifar pada laras sejajar dengan angka sifar padal bidal.

b.    Mikrometer 25 – 50 mm
Walaupun angka sifar sejajar antara satu dengan yang lain tetapi jarak muka ukuran ialah 25mm dan bacaan bermula daripada 25mm.

a.    Mikrometer 100 – 150 mm
Bacaan untuk micrometer ini bermula daripada 100mm.

                              i.    Bahagian-bahagian mikrometer
Mikrometer luar digunakan untuk bahagian luar komponen / bendakerja.Gambarajah 2 menunjukkan bahagian-bahagian yang terdapat pada micrometer.

Gambarajah 2  Bahagian mikrometer

     
a.    Frame (bingkai)
Berbentuk separuh bulatan.Dipasang bersama spindal disebelah kanan dan anvil di sebelah kiri.

b.    Anvil (andas)
Berfungsi sebagai satu titik rujukan pengukuran. Ianya dipasang dengan tip tungsten karbida yang dikimpallyangkan pada bahagian mukanya supaya tidak haus.

c.    Spindle (spindal)
Terdapat bebenang yang boleh berputar dengan bantuan nat yang dilekatkan pada jidal.Apabila jidal diputar, spindal juga turut bergerak.

d.    Thimble (jidal)
                                Muka lilitan pada jidal disenggat kepada 50 bahagian yang sama. Setiap                                                                   bahagian bersamaan dengan 0.01mm. Pergerakan jidal dikawal oleh bebenang skru 
                               yang terdapat dalam binaan micrometer. Satu pusingan bebenang skru adalah bersamaan                                           0.5mm

                           e.    Sleeve (laras)
Terdapat senggatan di kedua-dua bahagian atas dan bawah pada laras yang dipisahkan oleh datum line yang mana garisan ini menjadi rujukan bacaan pengukuran micrometer. Ukuran kasar sehingga 0.5mm dibaca pada bahagian laras.

f.    Ratchet Stop (penganjak halus)
Terletak di bahagian hujung jidal. Fungsinya ialah untuk memastikan ketepatan ukuran yang diperolehi di mana ia dapat mengawal dan mengelakkan jidal dari diputar keterlaluan.

g.    Lock Nut (nat pengunci)
Ianya dapat mengunci pergerakan pada bebenang micrometer. Ini bermaksud spindal, jidal dan penganjak halus tidak akan bergerak apabila dikunci untuk mendapatkan bacaan yang tepat.

                         i.    Kaedah penggunaan mikrometer
     Kaedah bacaan Mikrometer ditunjukkan adalah seperti di Gambarajah 3 dan Gambarajah 4.
jidal dan penganjak halus tidak akan bergerak apabila dikunci untuk mendapatkan bacaan yang tepat.

Gambarajah 3  Contoh1  bacaan micrometer


                   Gambarajah 4  Contoh 2 bacaan micrometer


                  Gambarajah 5 bacaan micrometer 0.01

                     Gambarrajah 6 bacaanvernier micrometer 0.001

a.    Melaras Ralat Sifar
Ralat sifar ini menyulitkan kita untuk mengukur satu satu benda kerja.Ini menjadi bertambah rumit lagi jika kita terpaksa menentukan jumlah dan jenis ralat terlebih dahulu, kemudian mengira dengan mencampurkan atau menolak jumlah ralat kepada bacaan yang didapati.Keadaan ini boleh menimbulkan kekeliruan dan mengambil masa yang lama yuntuk mengukur. Ralat sifar mestilah diperbetulkan sebelum ia digunakan. Ralat sifar boleh dilaraskan dengan dua cara.


b.    Melaras skru spindal yang longgar
Buka bidal hingga kepada had maksimum pada bahagian pangkal laras. Ketatkan nat pelaras dengan menggunakan sepana khas berbentuk C. Putar nat mengikut arah putaran jam sehingga skru mikrometer tidak lagi longgar.

c.    Melaras angka sifar pada bidal dan laras supaya sejajar dengan datum
Tutup bidal sehingga andas dan spindal rapat kedudukannya. Gunakan sepana khas berbentuk C. Putar laras sehingga angka sifar pada bidal dan laras sejajar dengan datum.


                              i.    Punca-punca Ralat Sifar
Antara punca-punca yang menyebabkan terjadinya ralat sifar ialah:-
a.    Mikrometer tidak digunakan dengan cara yang betul.
b.    Mikrometeer tidak dijaga dan diselenggarakan dengan sempurna.
c.    Permukaan (muka ukuran) andas dan spindal menjadi haus.
d.    Berlaku kerenggangan atau kelonggaran pada skru spindal.

                            ii.    Perkara-perkara yang harus diperhatikan apabila menggunakan mikrometer
a.    Pastikan muka ukuran bersih iaitu bebas daripada kekotoran seperti habuk & minyak.
b.    Perhatikan kedudukan sifar pada skala laras dan bidal supaya tidak terdapat sebarang ralat. 
c.    Gerakkan spindal perlahan-lahan apabila bersentuh dengan benda kerja.
d.    Jangan putar bidal berlebihan supaya dapat memberi tekanan mengukur atau rasa sentuhan yang betul. 

                              i.    Penjagaan Mikrometer

Oleh kerana mikrometer boleh mengambil ukuran terlalu kecil dengan jitu, oleh itu ianya mestilah diberi penjagaan yang rapi serta diselenggarakan dan digunakan dengan cara yang betul. Berikut ialah beberapa perkara yang perlu diberi perhatian apabila menggunakan mikrometer.

a.    Jangan sekali-kali menjatuhkan mikrometer.
b.    Jangan mencampur adukkan mikrometer dengan alat-alat lain ketika menyimpan . Seelok -eloknya gunakan bekas atau kotak penyimpan yang dibekalkan.
c.    Jangan mengukur benda kerja yang sedang berputar.
d.    Bersihkan mikrometer sebelum atau sesudah digunakan. 




SOALAN :
Arahan : Sila jawab semua soalan yang disediakan.
1.           Nyatakan fungsi bagi mikrometer jenis berikut :
a.     Mikrometer Luar
____________________________________________________
b.     Mikrometer Tolok Dalam
____________________________________________________
c.      Holetest
______________________________________________________
2.           Mengapakah permukaan spindal dan anvil perlu di jarakkan sebelum di simpan?
__________________________________________________


Tugasan Amali 1.


No comments:

Post a Comment

Teknikal Blog

TEKNOLOGI PEMBUATAN 4.0

#ilpklhebat REVOLUSI PENDIDIKAN 4.0